Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Akibat Jawab HP Di...

GARA-GARA mahu menjawab telefon bimbit yang berdering ketika sedang mengisi minyak, seorang gadis...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan...

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan...

TMJ Ucap Terima Kasih,...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan terima...

Rakaman ‘Hantu’ Tolak Pagar...

KAKITANGAN sebuah hospital di Argentina diselubungi perasaan takut apabila menonton rakaman kamera litar...

RM1 Juta Untuk Buang Misai Wak Doyok?

SEBUT sahaja nama Wak Doyok, pasti anda semua akan teringatkan imej dan misainya yang lentik ala-ala Sarjan Misai itu.

Rasanya memang sesuai sangatlah apabila mereka digandingkan sebagai anak beranak dalam filem Abang Long Fadil 2 baru-baru ini.

Disebabkan Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor dikenali gara-gara imej misainya itu, dia pernah ditawarkan RM1 juta untuk memotong misai dan jambangnya.

Khabarnya itu merupakan syarat yang perlu dipenuhinya untuk sebuah projek amal. Walaupun RM1 juta itu merupakan satu jumlah yang besar, Wak Doyok tetap bertegas untuk tidak mengubah imej yang sudah sebati dengan dirinya itu.

“Saya memang tidak pernah terfikir untuk mencukur misai dan janggut kerana ini adalah diri saya.

“Pernah sebelum ini ada pihak tawarkan saya RM1 juta untuk berbuat demikian tetapi saya tolak… tak sanggup!” katanya dipetik laporan mStar Online.

Tambah ikon fesyen ini lagi, dia akan tetap kekalkan imej sebegitu dan tidak akan membuang misai dan jambangnya walaupun ada tawaran berlakon yang menuntutnya muncul dengan penampilan wajah yang berbeza.

“Jika ada tawaran memerlukan saya mencukur jambang dan misai, saya tidak akan terima dan anggap ia bukan rezeki saya,” ujarnya.


Semenjak keluarnya filem Abang Long Fadil 2 sejak Ogos lalu, nama Wak Doyok sering meniti di bibir-bibir netizen apabila ada yang memujinya membawakan watak sebagai anak kepada A.Galak dengan jayanya.

Untuk itu, Wak menyatakan yang kejayaan membawa watak itu bukanlah tiket untuk dirinya bersikap ‘demand’ dengan tawaran-tawaran berlakon yang bakal diterimanya pada masa akan datang.

Tetapi, dia akan menerima watak yang kena dengan dirinya itu dan meletakkan soal bayaran di tangga kedua.

“Tidaklah kerana filem ini berjaya saya pun hendak meninggi diri kerana kejayaan Abang Long Fadil 2 adalah atas usaha semua.

“Saya pun masih baru dalam industri jadi soal ‘demand’ tidak timbul malah ia soal kedua, paling penting tawaran itu sesuai dengan saya,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori