• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Kutip Bayaran Balik Pinjaman RM12.13 Bilion

oleh Ahmad Albab
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya mengutip RM12.13 bilion bayaran balik pinjaman sehingga September tahun ini.

Pengerusinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata jumlah kutipan itu diperolehi hasil usaha yang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan peminjam untuk membayar pinjaman mereka.

“Kelompok ini (yang liat membuat pembayaran) akan menjadi sasaran pihak kami (PTPTN) supaya mereka (peminjam) membayar balik pinjaman kerana kita perlukan wang itu untuk membantu pelajar-pelajar baharu akan datang,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Nine 11 terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kutipan balik pinjaman itu akan mengurangkan kebergantungan PTPTN kepada institusi kewangan lain dalam usaha memberi dana kepada pelajar baharu di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta di negara ini.

Sehingga kini PTPTN telah memberi pinjaman kepada lebih dua juta pelajar di seluruh negara termasuk yang masih mengikuti pengajian tinggi.

Shamsul Anuar berharap melalui pelbagai insentif yang diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2017, peminjam masih berpeluang untuk menjelaskan pinjaman mereka hingga 31 Dis ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Okt tahun lalu mengumumkan kerajaan bersetuju memberi insentif diskaun berkuat kuasa 22 Okt hingga akhir tahun ini bagi menggalakkan bayaran balik pinjaman. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd