• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Proses Teknikal Bawa Balik Jenazah Syzlin

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar perlu menyelesaikan beberapa proses teknikal sebelum boleh membawa pulang jenazah Syzlin Hataman, mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa, yang meninggal dunia di Peru.

Sumber kementerian memberitahu Bernama bahawa proses itu antara lainnya melibatkan kertas kerja, kelulusan kerajaan Peru dan kerajaan Malaysia serta proses menguruskan jenazah allahyarham sebelum boleh dibawa pulang ke tanah air.

Beliau berkata ​​​​​Bahagian Kaunselor Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di Peru sedang giat menyiapkan kesemua proses tersebut termasuk maklumat berkaitan kos sebenar pengurusan membawa pulang jenazah.

Sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh sebenar bagi semua proses itu diselesaikan.

Media melaporkan Syzlin, 43, yang berasal dari Johor, meninggal dunia pada 6.50 petang Sabtu waktu Peru atau 7.50 pagi waktu Malaysia akibat komplikasi beberapa penyakit seperti asma dan kencing manis.

Syzlin sebelum ini ditahan di Peru pada Mei 2010 kerana menyeludup dadah dan dipenjarakan lebih empat tahun sebelum diletakkan dalam kategori separa bebas (parol) pada 2014 serta tidak boleh meninggalkan negara berkenaan.

Allahyarham kemudian ditempatkan di sebuah gereja di negara itu selepas kesihatannya terjejas dan dikejarkan ke sebuah hospital pada 6 Oktober lepas kerana tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya.

Semalam Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (Bikum) yang juga Anggota Parlimen Lenggong Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya akan membantu menguruskan dan memudahkan urusan pengkebumian Syzlin.

Namun, keputusan sama ada membawa jenazah pulang untuk dikebumikan di Malaysia atau Peru masih belum dimuktamadkan dan perlu mengambil kira beberapa perkara termasuk hasil perbincangan dengan waris keluarga allahyarham, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Anuar Sahkan Enam Lagi Anggota Parlimen Keluar UMNO

14/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam lagi Anggota Parlimen UMNO keluar daripada parti itu...

Jelajah Presiden UMNO Bermula Esok

26/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Presidan UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menjelajah ke seluruh negara bagi menemui pimpinan parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd