Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Azman Pesuruhjaya Polis Sarawak...

KUCHING - Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Azman Yusof dilantik...

Artikel Sarawak Report Antara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa isi kandungan...

Pokok Petai Menangis: Jangan...

KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamed Shukri mengingatkan masyarakat negeri ini agar...

Peninju Mati Selepas Tumbukan...

MANILA - Seorang peninju Filipina yang pernah terbabit dengan skandal imbasan kepala palsu...

Jelajah Presiden UMNO Bermula Esok

KUALA LUMPUR – Presidan UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menjelajah ke seluruh negara bagi menemui pimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian bermula esok.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, Terengganu akan menjadi negeri pertama bagi program itu sebelum berakhir di Kelantan.

“Program ini sebahagian daripada langkah yang digariskan oleh Presiden UMNO ketika membentangkan hala tuju parti dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2018.

“Program ini sejajar usaha membangkit idealisme perjuangan UMNO agar UMNO bangkit semula dan mampu terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai parti rumpun Melayu yang terbesar di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shamsul Anuar berkata, Presiden UMNO menyatakan hala tuju utama parti adalah untuk menang pada PRU ke-15 dan parti terbesar orang Melayu itu kembali berkuasa.


Justeru, katanya, segala usaha kini perlu difokuskan bagi memastikan UMNO terus kukuh dan mendapat keyakinan serta sokongan rakyat.

“Ahli UMNO perlu bersama-sama Presiden dan saf kepemimpinan parti menggerakkan program dan kegiatan untuk membela nasib rakyat di seluruh negara,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori