• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Kes Kematian 2 Anggota TLDM Sebagai Bunuh

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis awal pagi ini mengumumkan ia mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian dalam tahanan dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada kematian mengejut (SDR) kepada kes bunuh.

Ia berikutan laporan bedah siasat kedua-dua mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini mendapati terdapat kecederaan dalaman pada tubuh mereka, dipercayai akibat penderaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata hasil bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa yang ditahan di bilik tahanan Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, dipercayai berlaku penderaan yang mendatangkan kecederaan.

“Hasil bedah siasat terhadap mangsa pertama (Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28) pada jam 3.30 petang hingga 7 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

“Bedah siasat terhadap mangsa kedua (Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26) pada jam 9 malam hingga 11.50 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

Tian Kee berkata, daripada penemuan itu polis menahan tiga suspek lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun pada 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Ketiga-tiga suspek bertugas pada jam 10 pagi hingga 10 malam kelmarin.

“Polis turut merakam kenyataan 11 pengawal yang bertugas di bilik tahanan berkenaan serta merampas set litar rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tujuh T baton, buku log bertugas dan beberapa telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata, penahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Seri Manjung, dekat sini hari ini. – Harian Metro

Tags: JenayahkematianTLDM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isteri Syak Kematian Askar Ada Unsur Jenayah

Next Post

Kolej Universiti Oxford Turunkan Potret Suu Kyi

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini, melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan...

Next Post

Kolej Universiti Oxford Turunkan Potret Suu Kyi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd