• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selesai Kes Bunuh Dalam Tempoh 90 Minit

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis berjaya menyelesaikan siasatan kes kematian seorang lelaki di Kampung Ana, Tumpat malam tadi, dipercayai mangsa bunuh setelah berkas seorang suspek dan menemui senjata digunakan dalam kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad berkata lelaki itu ditahan selepas sejam polis memulakan siasatan manakala serampang iaitu alat menangkap ikan milik mangsa dengan kesan darah yang dipercayai senjata yang digunakan untuk memukul kepala mangsa ditemukan berhampiran mayat lelaki itu.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek mempunyai Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) Kategori Ketidakupayaan Mental yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun lepas,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Din berkata suspek berusia 29 tahun, didapati pernah dipenjarakan atas kesalahan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan dibebaskan pada 2012.

“Kami menganggap kes ini sudah selesai dan mengucapkan tahniah kepada anggota dan pegawai polis yang berjaya menyelesaikan kes hanya dalam tempoh sejam setengah,” katanya.

Dalam kejadian 10 malam tadi, mangsa Mohd Khairi Mohd Yusof, 47, ditemui maut dengan kesan cedera di kepala akibat dipukul oleh suspek yang dikenalinya.

Suspek yang dipercayai menghadapi masalah mental kini direman selama seminggu mulai hari ini untuk siasatan lanjut, katanya. – BERNAMA

Tags: Kelantankes bunuhSAC Din Ahmad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd