• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sandakan Berkas 2 Pengedar, Rampas Syabu

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Polis merampas 550.8 gram syabu bernilai kira-kira RM55,000 dan menangkap dua warga asing yang dipercayai pengedar dadah dalam dua serbuan berasingan di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata dalam serbuan pertama di perkampungan setinggan TB Ward pada 1.45 petang, polis menahan seorang lelaki Filipina berusia 34 tahun dan merampas syabu seberat 50.4 gram.

Syabu yang dianggar bernilai RM5,000 itu di’percayai untuk diedarkan di sekitar Batu 2 dan Batu 3 di sini, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata serbuan kedua dilakukan di perhentian bas Bandar Leila pada 4.35 petang dan polis memberkas seorang wanita berusia 50 tahun yang memegang Kad IMM 13.

Pemeriksaan ke atas suspek menemukan 10 peket lut sinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 500.4 gram bernilai RM50,000, katanya.

Beliau berkata dadah terbabit dipercayai untuk pasaran Bandar Leia.

Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Azhar turut berterima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkapnya kedua-dua suspek pengedar itu. – BERNAMA

Tags: polisSyabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd