• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Johor Gempur 550 Premis Judi Sejak Julai

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan 140 individu dan merampas 271 komputer dalam serbuan ke atas 550 premis perjudian dalam talian di seluruh negeri ini menerusi Op Dadu Khas sejak Julai sehingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata bagi operasi itu, pihaknya mendapat kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi melakukan pemotongan bekalan elektrik di 172 premis terlibat.

“Penahanan individu terbabit adalah sebahagian daripada 4,395 individu yang ditahan dalam 806 serbuan di premis perjudian dalam talian di seluruh Johor sejak Januari hingga semalam.

“Polis turut merampas 15,319 mesin perjudian dan wang tunai berjumlah RM344,907, dalam serbuan terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Daripada 4,395 individu yang ditahan, beliau berkata seramai 336 daripadanya sudah dituduh di mahkamah.

Op Dadu Khas itu berjaya melumpuhkan kegiatan haram terbabit di negeri ini, katanya sambil meminta orang ramai terus memberikan maklumat berhubung kegiatan perjudian bermesin di kawasan mereka. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

16/10/2026
0

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan,...

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd