• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia: Perak Tabik Semangat Juang Thiago

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berbangga dengan semangat juang ditonjolkan pemain importnya, Thiago Junior Aquino yang sanggup mengetepikan kecederaan di bahagian hidung bagi meneruskan aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 menentang Johor Darul Ta’azim (JDT) di sini pada Ahad.

Setiausaha Kehormatnya, Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata berlaku pendarahan yang agak serius di bahagian hidung Thiago Junior, namun pemain yang berasal dari Brazil itu tidak mahu ditukarkan dengan mana-mana pemain.

“Dia sendiri mahu terus beraksi walaupun pada satu ketika terpaksa membalut sendiri pendarahan yang berlaku di bahagian hidungnya.

“Pujian juga harus diberikan kepada Thiago Junior yang terus mahu beraksi membantu Perak walaupun dalam keadaan seperti itu,” katanya kepada pemberita di Pejabat Pafa di sini, pada Isnin.

Beliau berkata pujian turut dihamburkan kepada pemain lain yang beraksi penuh komitmen menentang JDT walaupun gagal melakar kemenangan di halaman sendiri.

“Kita tahu kekuatan yang dimiliki JDT namun para pemain tidak gentar dan terus beraksi bagi mengekang asakan yang dilakukan lawan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shahrul yang juga pengurus pasukan Perak mengakui kesilapan individu yang dilakukan ketua pasukan, Muhammad Shahrom Abdul Kalam memberi peluang kepada JDT untuk menyamakan kedudukan dengan seri 1-1.

Bagaimanapun katanya, beliau percaya kesilapan yang dilakukan itu tidak akan berulang pada aksi sama di Larkin, Johor Sabtu depan.

“Memang ada sedikit kesilapan tapi kita janji akan perbetulkan. Kita juga akan lebih fokus untuk mencatatkan kemenangan pada pertemuan separuh akhir kedua nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ranking FIFA: Harimau Malaya 170 Terbaik Dunia

Next Post

Isu Rohingya Adalah Isu Kemanusiaan – Zahid

Related Posts

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

04/12/2023
0

PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat kritikan hebat selepas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih belum...

Next Post

Isu Rohingya Adalah Isu Kemanusiaan - Zahid

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd