• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

oleh Mohd Arshad
08/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) akan berlangsung kurang lima jam lagi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tinjauan BH Sukan menyaksikan padang yang mengalami kerosakan selepas konsert Coldplay, 22 November lalu kekal tidak berada pada tahap terbaik untuk aksi final itu.

Kawasan paling teruk terjejas adalah bahagian tengah selain beberapa bahagian lain termasuk kawasan yang berhampiran pintu gol.

Situasi semasa padang di Stadium Nasional mencetuskan jangkaan banyak pihak bahawa corak permainan kedua-dua akan terjejas selain pemain berpotensi berdepan risiko kecederaan.

Pasukan bertanding dan seluruh peminat juga mengharapkan perlawanan malam ini tidak berlangsung dalam hujan yang mana mungkin menjadikan keadaan permukaan padang lebih teruk.

Berdasarkan semakan di laman Jabatan Metrologi Malaysia, hujan akan melanda Kuala Lumpur petang ini.

Isu kerosakan padang di Stadium Nasional menjadi isu besar dengan peminat mengecam dan mengkritik pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac menjadi individu paling teruk dikecam apabila netizen menyerang laman sosial beliau dengan ada yang mendesaknya melepaskan jawatan.

Semalam, PSM dalam satu kenyataan membuat membuat permohonan maaf kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan semua peminat bola sepak tanah air.

BHonline-

Tags: padang rosakPiala MalaysiaStadium Nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Kuching City FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan keputusan perlawanan...

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd