• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ranking FIFA: Harimau Malaya 170 Terbaik Dunia

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANGKANYA banyak. Namun eloklah disebut senarai terbaik dunia walaupun realitinya nampak macam tercorot. Lagi pun, kita hanya suka pada penilaian yang baik-baik.

Apa yang buruk semuanya hanya ‘spin’. Kita suka yang sopan-sopan. Apa yang kritis dan penuh kritikan, kita anggap sebagai tidak nasionalistik dan tidak patriotik.

Itu kisah ranking FIFA skuad Harimau Malaya. Berdasarkan kedudukan terkini yang dikeluarkan semalam, skuad nasional kini berada dalam kelompok 36 pasukan terakhir dunia.

Kalau senarai 206 negara FIFA dijadikan liga divisyen, Malaysia bermain di Divisyen Empat. Itu OK, sebab masih ada lagi divisyen. Wartawan sudah tidak tahu untuk menulis kritikan sukan bagi pencapaian ranking bola sepak.

Kalau kita sebut realiti kini berada dalam senarai 36 negara paling tercorot, serta itu menjadi petunjuk Harimau Malaya adalah pasukan paling ‘chekai’ (teruk), nanti orang tuduh wartawan sukan memusuhi Harimau Malaya.

Kalau tidak patriotik, nanti boleh dianggap pengkhianat sukan pula. Jadi, kita sedang belajar menulis dengan etika Orde Baharu: Bagaimana menjadikan fakta, bahawa kita masih pasukan yang terbaik berdasarkan angka yang ada.

Jadi, bersyukurlah kerana kita masih di tangga 170 dan bukan di tangga 200 ke atas. Kita masih sukses dan punya upaya untuk kekal menjadi pencabar utama di rantau Asia.

Angka 170 tidaklah jauh berbeza dengan ranking 75 pada Ogos 1993. Malah, ranking 170 hanya sedikit tercorot berbanding ranking 66 yang menjadi sejarah pencapaian terbaik skuad nasional pada Mac 1977.

Kita masih berpeluang ke Piala Dunia, kerana jurang tergelincir 100 kedudukan, secara lateralnya bukanlah satu isu besar pun. Harimau Malaya tetal kekal kompetitif.

Kita masih bersaing untuk layak ke Piala Asia 2019. Walaupun hanya mengutip satu mata dalam tiga perlawanan kelayakan, itu bukti ia satu pencapaian yang memberangsangkan.

Kita masih berpeluang cerah memungut sembilan mata penuh dalam baki tiga perlawanan terakhir nanti. Bukan susah, asalkan menang semua perlawanan dengan hanya satu gol, kita sudah mampu mencapai mata penuh.

Ingat. Baki dua perlawanan nanti adalah menentang Korea Utara. Tidak sukar pun untuk memungut enam mata penuh. Manakala, satu lagi perlawanan ialah menentang Lubnan.

Berdasarkan prestasi semasa, tiada masalah langsung untuk memastikan kita mampu mendapat tiga mata penuh.

Ranking bukanlah apa-apa pun. Ia hanya satu susunan FIFA sahaja. Ia sekadar susunan angka. Kita tidak perlu takut pada angka! – MYNEWSHUB.CC

Tags: FIFAHarimau Malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden FIFA Bodoh – Cuba Paksa Wakil Palestin Bersalaman Dengan Wakil Israel

Presiden FIFA Bodoh – Cuba Paksa Wakil Palestin Bersalaman Dengan Wakil Israel

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub  ZURICH – Tindakan Presiden Gianni Infantino mencetuskan kontroversi selepas beliau didakwa cuba memaksa wakil Palestin bersalaman dan berdiri...

Siapa Bakal Juara Piala Dunia 2026? Ini Analisis Kuasa Besar Bola Sepak Dunia

Siapa Bakal Juara Piala Dunia 2026? Ini Analisis Kuasa Besar Bola Sepak Dunia

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR: Kejohanan FIFA World Cup 2026 dijangka menjadi edisi paling epik dalam sejarah bola sepak apabila buat pertama kalinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd