• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia: PAFA Rakam Penghargaan Kepada Polis

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) merakamkan penghargaan kepada pihak polis kerana berjaya mengawal keselamatan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di sini malam tadi.

Setiausaha Kehormatnya, Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata lebih 1,000 anggota polis yang ditugaskan pada perlawanan itu berjaya mengekang sebarang bentuk kekecohan dan pergaduhan besar membabitkan kedua-dua penyokong.

“Biasalah perlawanan besar, memang akan ada provokasi antara penyokong dan dengan permainan rancak yang disajikan kedua-dua pasukan, ia sedikit sebanyak menjelmakan suasana tegang.

“Namun dengan tindakan pantas pihak polis, mereka berjaya menjaga ketenteraman dengan baik walaupun berlaku sedikit kekecohan,” katanya kepada pemberita di Pejabat PAFA di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kecederaan seorang penyokong JDT yang didakwa terkena serpihan mercun, katanya ia berlaku di luar kawasan stadium sejurus perlawanan tamat dan punca sebenar tidak dapat dipastikan.

“Kita sendiri pun tak pasti sama ada mercun itu daripada pihak Perak sendiri atau JDT. Namun ia bukan berlaku dalam kawasan stadium,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Shahrul berkata beliau berharap pihak pengurusan JDT akan memperuntukkan sebanyak 200 keping tiket kepada penyokong Perak bagi aksi separuh akhir kedua di Larkin pada 21 Okt ini.

Katanya bagaimanapun kata putus berhubung perkara itu bergantung kepada ketetapan yang dibuat oleh pihak pengurusan JDT.

“Saya telah hantar permohonan itu minggu lepas, namun masih belum ada jawapan dan kita harap permohonan PAFA itu dapat ditunaikan sepertimana perjanjian sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: PAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kawalan Ekonomi Liga Malaysia Wajar – PAFA

27/01/2019
0

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abd Aziz Yeop Jamaluddin menyokong langkah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk melaksanakan...

Perak Sah Dapat Khidmat Anderson Selama Semusim

26/12/2018
0

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sah mendapatkan khidmat bekas pertahanan import PKNS FC, Zac Anderson dalam menghadapi saingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd