• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Cristiano Ronaldo Selamatkan Portugal

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANDORRA LA VELLA – Cristiano Ronaldo keluar daripada bangku simpanan dan meledak gol yang memberikan Portugal kemenangan 2-0 ke atas Andorra, awal pagi tadi sekali gus mengekalkan peluang layak secara automatik ke Piala Dunia tahun depan.

Gol pembukaan pada minit ke-63 oleh Ronaldo yang juga jaringan ke-15 olehnya dalam kempen kelayakan menyelamatkan Portugal yang tampak bergelut untuk memecah gawang Andorra.

Ia kemudian diikuti jaringan kedua daripada Andre Silva empat minit kemudian menuju perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B menentang pendahulu, Switzerland di Lisbon pada Rabu.

Perlawanan terakhir itu akan menentukan siapa akan menjadi juara kumpulan sekali gus meraih tiket secara terus ke Russia atau berdepan aksi playoff.

Switzerland yang meraih kemenangan 5-2 ke atas Hungary mengekalkan kelebihan di puncak dengan mengumpul 27 mata maksimum daripada sembilan perlawanan.

Mereka hanya memerlukan seri pada aksi terakhir manakala Portugal yang mengumpul 24 mata wajib menang dan mengharapkan perbezaan gol yang lebih tinggi mampu meletakkan mereka selaku juara.

Juara daripada sembilan kumpulan di peringkat Eropah layak secara automatik ke Russia manakala lapan pasukan kedua terbaik akan mengharungi perlawanan playoff bagi memburu empat lagi tempat.

Tiba dengan reputasi selaku juara Eropah, Portugal tampak bergelut lebih sejam perlawanan berlangsung untuk memecah kebuntuan menentang pasukan yang bertahan dengan baik di atas padang sintetik.

Jurulatih Fernando Santos memutuskan untuk meninggalkan Ronaldo di bangku simpanan selepas kapten pasukannya itu sudah mengutip satu perlawanan yang boleh menyebabkannya berisiko terlepas aksi menentang Switzerland. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Cristiano Ronaldoportugal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Didakwa Sebut “Bismillah” Sebelum Sepakan Penalti

Ronaldo Didakwa Sebut “Bismillah” Sebelum Sepakan Penalti

05/07/2026
0

Oleh Mynewshub  TORONTO – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mencuri perhatian dunia selepas rakaman televisyen memaparkan beliau dipercayai menyebut perkataan "Bismillah"...

Portugal Umum Iktiraf Secara Rasmi Palestin Esok

Portugal Umum Iktiraf Secara Rasmi Palestin Esok

20/09/2025
0

ISTANBUL: Portugal akan mengiktiraf Palestin secara rasmi, umum Kementerian Luar semalam, sekali gus menjadi negara terbaharu mengambil langkah itu menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd