Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

PH Terdesak Fitnah Ramli...

SANGKAL... Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor nafi bakal sertai Pakatan Harapan atau...

Jangan Tertipu Hujah Agama...

HUJAH agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual...

Ambil Alih MAS Isu...

MAS kini sudah mencapai tahap tenat, daripada berita kerugian sudut bisnes kepada dua...

Persediaan Dibuat Hadapi Musim...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersiap sedia memastikan bekalan...

Peruntukan Lebih RM400 Juta Hadapi Banjir Sejak 2008

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM422.4 juta diperuntukkan menerusi Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) bagi menghadapi bencana banjir di negara ini sejak 2008 sehingga akhir tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata bantuan berkenaan bagi pengurusan mangsa banjir termasuk membina rumah kekal baharu bagi mereka yang mengalami kerosakan kediaman.

“Setakat ini, daripada jumlah peruntukan berkenaan, sebanyak RM101.63 juta telah digunakan untuk banjir di Kelantan, RM52.9 juta di Terengganu dan RM55.85 juta di Pahang. Selain itu, sebanyak RM113 juta telah digunakan bagi pembinaan 1,384 rumah kekal baharu kepada mangsa banjir seluruh negara,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan menjawab soalan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) mengenai persediaan dan peruntukan kewangan kerajaan bagi menghadapi bencana banjir.

“Kerajaan juga pastikan tindak balas bencana diselaraskan dengan berkesan. Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan memfokuskan kepada latihan amal dan bengkel melibatkan pegawai berkaitan bagi mengendalikan pusat kawalan operasi bencana dan pusat kawalan tempat kejadian,” katanya.


Beliau berkata selain itu, kerajaan juga mempertingkatkan langkah persiapan bencana dengan berganjak daripada kaedah pengurusan bencana kepada pengurusan risiko bencana yang lebih menyeluruh. – BERNAMA

Kategori