• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Penduduk Pohon SCI Tanah Runtuh Terbuka

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) hari ini memohon agar prosiding Suruhanjaya Siasatan Pulau Pinang (SCI) berhubung tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah, Sabtu lepas, terbuka kepada orang ramai.

Pengerusinya Meenakshi Raman berkata ini bagi memastikan ketelusan dalam siasatan kerana melibatkan kepentingan awam, selain membenarkan penyertaan dan penglibatan penuh semua pihak yang berkepentingan termasuk persatuan itu.

“Kami mengalu-alukan cadangan kerajaan negeri untuk menjalankan SCI bagi menyiasat kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 21 Okt lepas di tapak pembinaan Lengkok Lembah Permai yang meragut 11 nyawa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata berhubung terma rujukan (ToR) SCI itu, pihak TBRA juga memohon untuk melihat sama ada proses kelulusan projek mengikut garis panduan yang ditetapkan termasuk penelitian garis panduan berhubung pembangunan di tanah bukit 2012.

Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Rabu mengumumkan melantik bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia Datuk Yeo Yang Poh sebagai Pengerusi SCI bagi menyiasat kejadian tanah runtuh itu.

Antara bidang tugas suruhanjaya itu ialah menentukan punca kegagalan cerun pembinaan sementara di tapak pembinaan, mengenal pasti pihak yang harus bertanggungjawab terhadap kegagalan cerun pembinaan sementara dan mengemukakan serta mengesyorkan tindakan sesuai termasuk tindakan undang-undang kepada pihak yang bertanggungjawab. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

16/10/2026
0

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan,...

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd