• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Penduduk Mahu P.Pinang Tangani Banjir

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebanyak 24 persatuan penduduk dan wakil komuniti di negeri ini menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil tindakan segera dan serius dalam menangani masalah banjir kilat yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini terutamanya ketika hujan lebat.

Wakil persatuan berkenaan R. Meenakshi berkata kesemua mereka melahirkan rasa bimbang dengan kejadian banjir yang melanda negeri ini pada 15 Sept lepas yang disifatkan antara yang terburuk sehingga mengakibatkan kerosakan yang amat teruk.

Beliau berkata kerajaan negeri seharusnya menjadikan kejadian banjir terburuk itu sebagai satu amaran untuk mengambil tindakan segera dan serius.

“Kami mahu kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat di kawasan yang terlibat (banjir) ini untuk mengambil kira situasi taburan hujan, banjir dan hakisan bukit secara serius.

“Untuk makluman, kawasan Bandar Baru Ayer Itam merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dalam kejadian banjir kilat 15 Sept lalu. Kejadian banjir baru-baru ini mendedahkan penyebab jangka pendek dan panjang serta langkah yang diperlukan untuk mengurangkan dan menyelesaikan masalah banjir,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri kira-kira 40 penduduk, di sini hari ini.

Hujan lebat lebih lima jam dengan air laut pasang setinggi 2.1 meter pada 15 Sept lalu telah mengakibatkan 100 kawasan di lima daerah di Pulau Pinang ditenggelami air dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Meenakshi berkata pihaknya akan mengeluarkan surat kepada wakil-wakil rakyat di kawasan mereka sebagai langkah untuk menarik perhatian pihak berwajib dalam mendepani masalah banjir selain mengadakan dialog dengan kesemua wakil rakyat di negeri ini pada 29 Okt ini untuk membincangkan isu banjir serta tindakan yang akan diambil.

Seorang lagi wakil penduduk K. Suthakar berkata slogan ‘Pulau Pinang Ke Arah Bersih, Hijau dan Selamat’ yang sering dilaungkan kerajaan negeri tidak seiring dengan kepesatan pembangunan di negeri ini yang dilihat menjejaskan sistem ekologi.

“Berapa lama lagi kami nak menderita? Isu ini sudah lama dan kami sudah banyak bersabar. Kalau nak jadi wakil rakyat, mesti ‘perform’ bukan sekadar cakap-cakap kosong di pentas. Kami mahu adanya tindakan yang proaktif daripada pihak kerajaan negeri mahu pun kerajaan persekutuan dalam menangani isu ini demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd