• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pereka Jubah Pahlawan Didakwa Perdaya Jururawat

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pereka ‘jubah pahlawan’ yang tular di laman sosial tahun lepas kerana rekaan jubahnya kelihatan feminin, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdaya dua jururawat hospital berhubung perniagaan nasi lemak melibatkan kerugian RM84,000.

Ahmad Syubaili Aziz, 31, yang juga menjalankan perniagaan nasi lemak, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman.

Dia didakwa telah menipu seorang wanita berusia 24 tahun, dengan memperdaya mangsa dalam urusan sebagai rakan kongsi perniagaan sehingga mendorong mangsa untuk memberikan wang tunai RM50,000 yang mangsa tidak akan menyerahkan wang itu sekiranya tidak diperdayakan di hadapan Bank Rakyat Jalan Ipoh, di sini awal tahun 2015.

Lelaki itu turut dituduh telah memperdaya seorang lagi wanita juga berusia 24 tahun dengan menawarkan perniagaan nasi lemak tepi jalan di Terengganu sehingga mangsa menyerahkan wang tunai RM34,000 di hadapan Bank Rakyat Dataran Taman Shamelin, Cheras, di sini pada 2 petang, 29 Mei 2015.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norelynna Hanim Abd Halim tidak menawarkan sebarang wang jaminan dengan alasan tertuduh mempunyai kebarangkalian untuk melarikan diri.

Bagaimanapun peguam P. Sutheswary memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan anak guamnya perlu menyara keluarga termasuk isteri, seorang anak dan bapa yang menghidap penyakit jantung serta bersedia dengan syarat tambahan yang ditetapkan mahkamah.

Maizatul Munirah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada 1 haribulan setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 30 Nov untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan esok Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd