• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengangkutan Awam Darat Ke Arah Tingkat Produktiviti

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata agenda pengangkutan darat negara bukan hanya tentang projek infrastruktur mega, oleh kerana, yang lebih penting adalah laluan ke arah peningkatan produktiviti dan keadaan hidup yang lebih baik bagi rakyat Malaysia.

Perdana menteri menegaskan dalam jangka panjang, sebuah rangkaian pengangkutan awam darat yang boleh dipercayai, bersepadu dan moden akan memacu pertumbuhan sosio ekonomi serta mempertingkatkan kualiti alam sekitar, kesemuanya amat penting bagi kelestarian pembangunan Malaysia.

“Ini merupakan sebab kami menjadikan transformasi pengangkutan awam sebagai agenda utama dalam perjalanan Program Transformasi Nasional (NTP),” katanya ketika berucap pada Simposium Pengangkutan Awam Darat di sini hari ini.

Memberi contoh kejayaan MRT Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang, Najib berkata rakyat dapat melihat bagaimana pengangkutan awam darat boleh menjadi pencetus perubahan sebenar dalam mengubah gaya hidup rakyat Malaysia dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memberi laluan kepada mobiliti hijau serta pengurangan pelepasan karbon di Greater Kuala Lumpur.

Beliau berkata projek MRT, bermula daripada konsepsi sehingga kepada penyampaian, adalah suatu keutamaan kepada beliau, dan merupakan projek yang beliau sendiri selia setiap peringkat kemajuannya.

“Selain daripada hasrat melihat rakyat lebih mudah berulang-alik di bandar raya, saya juga tidak mahu Kuala Lumpur terkenal di peringkat antarabangsa hanya disebabkan masalah lalu lintas berbanding perkara lain, seperti yang berlaku di beberapa bandar raya lain di rantau ini, Kami memerlukan penyelesaian terbaik untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas menuju ke pusat bandar raya.

“Alhamdulillah, keputusan dan penerimaan MRT Laluan 1 amat memberangsangkan. Kejayaan menyiapkan MRT Laluan 1 membuktikan bahawa kita berupaya menyiapkan satu daripada projek infrastruktur transit aliran massa paling canggih dalam sejarah negara ini,” kata Najib.

Sambil menegaskan bahawa projek itu siap mendahului jadual dengan kos RM2 bilion di bawah anggaran, beliau berkata ini adalah, berdasarkan mana-mana piawaian, merupakan pencapaian cemerlang bagi sesebuah negara.

“Satu daripada faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah kerja keras beribu-ribu orang rakyat Malaysia yang diambil bekerja untuk projek ini dan berjaya menjadikannya suatu kenyataan,” kata perdana menteri.

Beliau berkata kerajaan sedang menimbang untuk mempercepatkan cadangan projek MRT Laluan 3 meliputi kawasan seperti Bandar Malaysia, Mont Kiara, Sentul, Midvalley dan Setiawangsa.

Najib menyatakan maklumat terkini berhubung inisiatif pengangkutan lain yang dilaksanakan pentadbiran beliau, meliputi perkhidmatan kereta api, bas, teksi dan sebagainya.

Beliau turut menyentuh tentang projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang semestinya menjana faedah ekonomi bagi kedua-dua negara di samping Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang akan menyerlahkan potensi wilayah kurang membangun di pantai timur Semenanjung Malaysia, yang selama ini kurang diketahui.

“Menjelang 2027, apabila ECRL, HSR KL-Singapura, Sistem Aliran Deras Johor Bahru-Woodlands (Utara) dan laluan landasan bandar lain disiapkan, perbatuan landasan di seluruh negara akan menghampiri jarak 3,000km, iaitu 65 peratus melebihi rangkaian landasan sekarang, yang merupakan penambahan infrastruktur yang sangat besar,” katanya.

Najib selanjutnya berkata sejak 2012, kerajaan telah melabur RM766 juta di bawah Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) bagi memastikan penduduk di sepanjang laluan sosial ini terus menikmati kemudahan perkhidmatan bas.

Sebagai tambahan, kerajaan melabur RM143 juta bagi pengoperasian perkhidmatan myBAS oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Kangar sejak Ogos 2015; di Seremban sejak Januari 2016; dan di Ipoh sejak Jun 2016.

Sehingga kini, myBAS merekodkan lebih 8.4 juta penumpang (atau purata 324,000 penumpang sebulan di tiga ibu negeri ini).

Najib berkata dalam dekad akan datang, sektor pengangkutan awam darat akan terus memacu pengwujudan kira-kira 100,000 pekerjaan teknikal dan kemahiran tinggi dengan peluang dalam projek yang rumit serta canggih seperti HSR Kuala Lumpur-Singapura dan ECRL.

“Jika kita lakukan dengan betul, kita mungkin berupaya mengeksport kepakaran Malaysia yang berkualiti dan bernilai tinggi untuk membantu membina projek infrastruktur mega di negara lain yang memerlukan input pakar.

“Kesemua ini adalah faedah tambah yang kita dapat peroleh sambil kita terus membina projek untuk rakyat dan melabur dalam memperkukuhkan modal insan kita,” kata perdana menteri.

Najib berkata di sebalik pelbagai kejayaan itu, “tugas kami jauh daripada selesai”.

“Kami telah menetapkan matlamat baharu di bawah plan Transformasi Nasional 2050 untuk menempatkan diri dalam 20 negara teratas menjelang tahun 2050. Pengangkutan darat adalah perkara yang mesti dalam matlamat ini.

“Sambil mara ke hadapan, transformasi pengangkutan awam kita mesti kekal yang terkini dan sama langkah dengan kehendak penduduk bermaklumat dan mahir internet,” kata Najib.

“Justeru, dalam mengimbangi semula pengangkutan untuk membentuk mobiliti yang mampan, kita harus berhati-hati dengan landskap teknologi yang pesat berubah dan tabiat serta keutamaan pengguna yang turut sentiasa berubah ketika kita merancang sebuah pengangkutan awam yang inklusif dan komprehensif,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd