• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Felda Terima ‘Durian Runtuh’

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 112,000 peneroka Felda menerima ‘durian runtuh’ melalui enam inisiatif utama yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata, insentif tersebut termasuk bayaran insentif khas peneroka bernilai RM5,000 yang diumumkan pada 23 Julai lepas dan pengembalian wang SES oleh peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit dari tahun 2010 hingga 2016.

Katanya, insentif tersebut akan diperoleh 8,925 peneroka Felda dengan peruntukan RM43 juta.

“Bukan itu sahaja, RM60 juta juga disediakan untuk program tanaman semula sawit,” katanya.

Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) atau biasanya disebut tabung wang SES telah ditubuhkan di bawah peruntukan seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

Kutipan SES pada kadar 9.92 sen sekilogram getah yang dieksport dimasukkan ke dalam tabung wang SES dan digunakan bagi membiayai program tanam semula bagi sektor pekebun kecil, pemulangan wang SES kepada sektor estet dan kegunaan lain yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Sementara itu, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM164 juta bagi membina 5,000 unit Rumah Generasi Kedua Felda, dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Sebagai tambahan, katanya, hampir RM200 juta turut diperuntukkan kepad Felda bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan di tanah rancangan tersebut. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Felda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd