• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penempatan Anggota, Aset Bukti Kerajaan Prihatin

oleh Ahmad Albab
19/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Penempatan kira-kira 11,000 anggota dan aset keselamatan bernilai RM100 juta di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan keselamatan di Sabah terus terjamin, kata Komander Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali.

Katanya, keprihatinan khusus yang diberikan kerajaan itu tidak cukup jika masyarakat tidak mewujudkan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dalam memastikan tahap keselamatan kekal terjamin.

“Ini tanggungjawab bersama sebab itu saya menekankan konsep ‘jaga tepi kain’ supaya masyarakat menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa,” katanya pada majlis penutupan program semarak rakyat bersama Esscom di sini, malam tadi.

Program tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban.

Dalam pada itu, Ramlee berkata program tersebut merupakan platform terbaik Esscom mendekati rakyat selaras dengan hasrat kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan awam.

“Kehadiran lautan manusia pada majlis penutupan ini tanda bukti rakyat yakin dengan usaha Esscom menjaga keselamatan di Esszone sekali gus mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap keselamatan di Semporna yang menjadi tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, pada hari ini tahap keselamatan di Esszone semakin terkawal, bagaimanapun semua pihak tidak leka malah berwaspada dan siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Ramlee, yang juga wakil rakyat Bugaya, berkata usaha dan koordinasi Esscom dan rakyat perlu diperkukuh untuk memantapkan lagi aspek keselamatan dalam berdepan cabaran keselamatan.

Sejumlah kira-kira-kira 20,000 penduduk hadir pada program sehari itu di padang pekan Semporna dengan tujuan memberi pendedahkan terperinci mengenai tugas dan peranan agensi itu. – BERNAMA

Tags: Esszone
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

16/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia diseru memberi peranan dan ruang kepada syarikat keselamatan swasta tempatan untuk menguatkan dan memperkasakan ciri-ciri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd