• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembentung Gagal Tampung Air, Punca Bangsar Banjir

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Limpahan air yang teruk di Jalan Bangsar di ibu negara adalah berpunca daripada pembetung sedia ada yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat petang tadi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) memaklumkan bahawa aliran balik telah menyebabkan mendapan sedimen daripada tapak pembinaan.

“Saya meminta JPS menjalankan siasatan rapi dan menyerahkan laporan kepada saya secepat mungkin,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis perhimpunan khas sempena sambutan Deepavali dengan warga kementerian dan Jabatan bersaama keluarga, di sini hari ini.

Hujan lebat yang turun sejak tengah hari melanda beberapa kawasan di Lembah Klang sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa jalan utama.

Antara laluan yang dilapor terjejas ialah Lebuhraya Persekutuan berhampiran Bangsar South, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berdekatan Bukit Jalil dan Lebuhraya LEKAS di susur keluar Kantan Permai Kajang.

Dalam perkembangan lain, Wan Junandi berkata kementeriannya sedang mengkaji satu peruntukan undang-undang bagi mengelakkan hidupan liar daripada menjadi mangsa korban dilanggar kenderaan.

“Saya memandang serius kes-kes ini. Selalunya apabila kenderaan langgar, mereka (pemandu) terlepas begitu sahaja sebab tiada undang-undang untuk menghukum mereka.

“Saya telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang kementerian untuk mengkaji peruntukan yang sesuai agar satu pindahan undang-undang dapat dilakukan dengan Kadar segera,” katanya.

Dalam kes terbaru, seekor tapir ditemui mati dipercayai akibat dilanggar sebuah kenderaan di tepi jalan di Jalan Jeli-Dabong berdekatan Kampung Renyuk, Jeli semalam.

Dalam ucapannya di majlis itu, Wan Junaidi menyeru warga kementerian agar menghayati slogan 1Malaysia untuk memperkukuhkan ikatan perpaduan yang telah sedia terjalin dalam kalangan rakyat Malaysia. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd