• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Menakjubkan Johor Hasil Hubungan Baik

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan hubungan baik kerajaan pusat dan kerajaan negeri antara penyumbang kepada pembangunan menakjubkan yang dialami Johor.

“Sebenarnya tidak payah beritahu sebab saya dah tahu pasal kemajuan yang begitu memberangsangkan yang dicapai Johor, malah saya pernah mengungkapkan ayat yang saya anggap ‘Johor a new economic powerhouse’ (Johor satu kuasa ekonomi baharu) untuk negara Malaysia.

“Ini satu pengiktirafan jelas iaitu kadar pertumbuhan malah nadi pertumbuhan negara berpusat dan dari Johor,” katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Najib berkata ekspo itu diadakan tepat pada waktunya kerana dapat memberikan maklumat lebih jelas dan terperinci ketika ada pihak tertentu cuba mengelirukan rakyat.

“Atau seperti Menteri Besar (Johor) (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) cakap (mereka mendakwa) kita cuba jual kebatilan, harapan dan janji.

“Sebenarnya kerajaan kita tidak perlu jual harapan dan janji sebab kita sudah laksanakan. We are not promising but we are actually delivering (Kami bukan berjanji tetapi kami sebenarnya sedang menunaikan,” kata Najib.

Perdana Menteri turut melancarkan kemudahan pengangkutan awam Bas Rapid Transit, Pelan Induk Kemahiran Johor, Program Perumahan Rakyat dan Dasar Kelestarian Negara pada majlis itu yang dihadiri sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Majlis turut dihadiri Mohamed Khaled dan barisan Exco kerajaan negeri. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Kekal Nombor Satu, Catat RM99.7 Bilion Pelaburan Dalam 9 Bulan

Johor Kekal Nombor Satu, Catat RM99.7 Bilion Pelaburan Dalam 9 Bulan

18/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor sekali lagi mendahului negeri-negeri lain di Malaysia dari segi jumlah pelaburan diluluskan apabila mencatatkan RM99.7 bilion...

Sejumlah Akaun Palsu Sebar Fitnah Projek Pembangunan Di Johor – Onn Hafiz

Sejumlah Akaun Palsu Sebar Fitnah Projek Pembangunan Di Johor – Onn Hafiz

16/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan laporan polis dan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.