Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pemimpin PKR Bincang Pilihan...

GEORGE TOWN - Pemimpin-pemimpin PKR akan bermesyuarat malam ini di ibu pejabatnya di...

Semak Alamat Di Aplikasi...

PUTRAJAYA - Individu yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 melalui MySejahtera dinasihatkan membuat...

Andaian ‘Huru-Hara’ Di Mesyuarat...

DALAM keadaan ketegangan hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun...

Hanya Kerana Bawa Air...

HANYA gara-gara membawa air minuman sirap bandung, seorang gadis menjadi bahan lawak di laman makro...

Pemandu Teksi Mengaku Tidak Bersalah Merompak

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang penumpang lelaki etnik Rohingnya, minggu lepas.

N. Vimaresan, 46, didakwa merompak wang tunai RM2,000 milik Mohammad Shofiq Mohammad Shakir yang merupakan pemegang kad Pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), di Terminal Bersepadu Selatan, di Cheras, pada 2 petang, 24 Okt lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Perdakwa Raya N.Joy Jothi tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan minimum dengan alasan dia menjaga dua orang anak masing-masing berusia lima bulan dan lima tahun, selain ibunya yang uzur.


Hakim Mahyon Talib tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Nov untuk sebutan semula kes. Tertuduh kemudiannya dihantar ke Penjara Sungai Buloh. – BERNAMA

Kategori