• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemancing Hilang Di Pulau Bunting Ditemukan Selamat

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Enam pemancing bersama seorang tekong yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka hanyut di perairan barat laut Pulau Bunting di sini Ahad lalu ditemui selamat oleh nelayan lain kira- kira 2 petang tadi.

Pengarah Maritim Wilayah Utara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said berkata kesemua mereka dan bot ditemukan kira-kira 30 batu nautika dari kawasan mereka dilaporkan hilang.

Beliau berkata enjin bot mereka mengalami kerosakan.

“Maklumat awal menyatakan mereka telah berjaya membaiki kerosakan enjin tersebut dan dijumpai oleh komuniti nelayan ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Jeti Kuala Sala.

“Mereka tidak mempunyai bekalan minyak yang cukup untuk meneruskan perjalanan pulang dan bekalan minyak sedang dihantar kepada mereka. Bot itu dijangka sampai ke jeti kira-kira pukul 5 petang ini,” katanya.

Mereka yang terlibat dalam kejadian itu adalah tekong bot tersebut Kharulanuar Arshad, 39 serta enam pemancing iaitu Mohamad Ramli, 57; Muhd Salihin Ibrahim, 52; Mohd Nazri Abd Hamid, 46; Azmi Raif Mat Noh, 46; Jasni Daud, 45, dan Thai Kean Onn, 49. – BERNAMA

Tags: Pemancing Hilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Hilang Ketika Memancing Di Trong

25/12/2018
0

TAIPING - Seorang pemancing dipercayai hilang ketika memancing di kawasan Air Terjun Pecah Batu, Trong semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah...

2 Pemancing Hilang Selepas Bot Karam

11/12/2017
0

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pemancing yang hilang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd