• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecah Rumah: Polis Tumpas Kumpulan ‘Ah Hau’

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Polis menumpaskan kumpulan ‘Ah Hau’ dianggotai enam individu yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata empat lelaki dan dua wanita berusia 30-an itu ditahan di sebuah hotel di Chemor, Perak pada 29 Sept lepas.

Menurutnya, soal siasat terhadap suspek membawa kepada penemuan pelbagai barangan curi dianggarkan bernilai RM200,000 yang disembunyikan di sebuah rumah di Cheras di sini.

“Antara barang yang dirampas ialah tiga buah kereta, 35 utas jam tangan, kamera serta peralatan pecah rumah.

“Kami percaya tangkapan ini berjaya selesaikan 10 kes pecah rumah serta curi kenderaan melibatkan kumpulan ini di sekitar Selangor,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini, hari ini.

​​​​​​​​​​Megat Mohd Aminuddin berkata tiga daripada suspek lelaki yang ditahan mempunyai rekod jenayah termasuk di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1956 (Poca).

“Seorang daripada suspek memakai alat Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) namun suspek tidak melapor diri ke balai polis seperti dikehendaki,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: Geng Pecah Rumahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd