• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Tidak Tunduk Desakan Benarkan `Pesta Arak’

oleh Ahmad Albab
04/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak sebaliknya akan tetap berpegang dengan keputusan tidak menyokong penganjuran “Better Beer Festival 2017” demi kepentingan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM juga tidak akan tunduk kepada tekanan daripada pihak yang daif tentang keperluan menjaga rahsia operasi apabila meminta supaya maklumat keselamatan berhubung ancaman festival itu didedahkan.

“PDRM tidak akan menggadaikan keselamatan rakyat dan harta awam hanya kerana wujud tekanan daripada pihak-pihak berkepentingan. Keputusan yang diambil adalah perlu kerana kita semua harus faham bahawa memerangi ancaman militan bukan sesuatu yang mudah.

“Kuasa-kuasa besar dunia yang memiliki kecanggihan teknologi sekalipun gagal menyekat negara mereka dari terus menjadi sasaran militan. Apa yang jelas tindakan pencegahan lebih berkesan daripada membiarkan jiwa terkorban dahulu sebelum tindakan eksekutif diambil.

“PDRM tidak akan berganjak daripada keputusan yang telah dibuat demi menjaga keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia kerana ancaman yang wujud adalah nyata serta tidak boleh dikompromi,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin Pakatan Harapan sejak beberapa minggu lalu menyelar PDRM kerana tidak menyokong penganjuran pesta arak “Better Beer Festival 2017” sekali gus menyebabkan acara itu sukar mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang malah mendakwa alasan PDRM tidak menyokong penganjuran pesta arak itu kerana wujud ancaman kumpulan militan berdasarkan maklumat risikan sebagai tidak masuk akal.

Pemimpin Pakatan Harapan turut mendakwa larangan keatas penganjuran pesta arak di negara ini melanggar prinsip demokrasi dan hak asasi manusia, malah menuduh kononnya PDRM membuat keputusan itu kerana tekanan politik.

Terdahulu, Mohamad Fuzi menjelaskan keputusan PDRM tidak menyokong penganjuran “Better Beer Festival 2017” sama sekali bukan disebabkan oleh tekanan, tetapi berpandukan maklumat keselamatan yang diterima bahawa wujud perancangan untuk mensabotaj acara itu.

Kata beliau, umum mengetahui pada tahun-tahun sebelum, acara itu tidak disekat kerana tidak wujud maklumat ancaman sekali gus membuktikan keputusan PDRM pada tahun in tiada sangkut paut dengan sensitiviti agama, perkauman mahupun desakan politik. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PDRMpesta arak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd