• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Sedia Bantu Sahkan Indentiti Dr. Mahmud

oleh Ahmad Albab
25/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi mengesahkan identiti militan kelahiran Malaysia, Dr Mahmud Ahmad, yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan tentera negara itu pada 18 Oktober lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM telah menghubungi pihak berkuasa Filipina dan bersedia menghantar pasukan forensik ke negara itu bagi membuat pengecaman mayat Mahmud.

Katanya, pihaknya juga telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada anak Mahmud beberapa hari lepas sebagai persediaan jika terdapat permintaan daripada pihak berkuasa Filipina untuk ujian itu dilakukan.

“Buat masa ini yang terbaik kita boleh lakukan ialah menghubungi pihak berkuasa Filipina untuk membantu kita mendapatkan akses kepada mayat (jika ditemui).

“Kita akan buat ujian DNA dan jika sah itu mayat arwah dan ada permintaan daripada keluarga untuk kita bawa pulang, kita akan usahakan perkara itu,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Fuzi berkata buat masa ini pihaknya masih belum menerima sebarang permintaan daripada pihak berkuasa negara itu untuk proses pengecaman mayat.

Ditanya sama ada PDRM telah menerima pengesahan mengenai kematian Mahmud, beliau berkata buat masa ini maklumat yang diterima adalah berdasarkan kenyataan pihak berkuasa Filipina dan Presiden negara itu Rodrigo Duterte.

“Jadi kita tidak dapat mengesahkan secara tepat kerana berdasarkan kenyataan itu kita dimaklumkan arwah terbunuh dalam satu pertempuran di Marawi City. Secara terperinci saya tidak boleh komen,” katanya.

Media antarabangsa melaporkan, menurut tentera Filipina, Mahmud berkemungkinan besar terbunuh dalam pertempuran pada tengah malam 18 Okt lepas, yang turut mengorbankan 13 pemberontak di Marawi, Filipina.

Menurut laporan itu, bekas pensyarah universiti itu dipercayai berperanan penting dalam membiayai gerakan militan di Marawi yang dikepung sejak hampir lima bulan lalu. – BERNAMA

Tags: Kumpulan MilitanPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd