• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Bagi ‘Kawan’ Pinjam Kad ATM

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Seorang jurujual lelaki kini terpaksa menanggung beban selepas kenalannya meminjam kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sejak Jun lalu.

Lapor BH Online, Yee Yong Kian, 32, tidak menyangka kenalan yang dikenali kira-kira dua tahun lalu, menggunakan kad miliknya untuk melakukan pinjaman tidak wujud membabitkan jumlah RM360,000.

Menurut Yong Kian, suspek yang beralamat di Kajang, Selangor itu datang berjumpanya memberitahu mahu meminjam kat ATM bagi memudahkan majikannya memasukkan gaji, memandangkan dia tiada akaun bank berkenaan.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana memikirkan akaun bank itu yang tidak aktif dan tiada wang, lalu memberikan kad itu bersama kata laluan.

“Selepas beberapa minggu, saya cuba menghubunginya untuk mendapatkan semula kad, tetapi gagal.

“Pada Ogos lalu, polis dari Wangsa Maju datang ke rumah memaklumkan akaun bank milik saya digunakan untuk menipu ramai individu.

“Ketika itu baharu saya sedar kenalan salah menggunakan kad bank yang saya pinjamkan, dan sehingga kini terdapat sebanyak 26 laporan di 24 balai polis,” katanya.

Sejak itu sehingga 28 September lalu, dia direman dan diambil keterangan di beberapa balai polis, sehinggalah dia baru-baru ini dibuang kerja akibat daripada kes itu.

Yong Kian yang kini sudah menutup akaun bank miliknya berkata pada 6 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Seremban mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memberi pinjam kad ATM dan didenda RM8,600.

“Denda itu hanya untuk satu kes, saya berdepan 25 lagi kes yang sama di seluruh negeri. Dengan keadaan tiada pekerjaan, sudah pasti susah untuk membayar denda.

“Saya berharap polis dapat menangkap segera suspek. Saya mendapat tahu suspek yang menggunakan Facebook untuk mengiklankan mengenai kegiatan pinjaman tidak wujud, turut menggunakan tujuh kad ATM milik individu berbeza untuk melakukan jenayah ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ATMditipu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd