• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Terengganu Dipilih Perintis Guna PLB

oleh Ahmad Albab
14/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Jabatan Perikanan Malaysia akan memperkenalkan penggunaan alat keselamatan ‘Personel Locator Beacon'(PLB) yang telah disyorkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan lebih meluas kepada semua nelayan seluruh negara secara berperingkat.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Munir Mohd Nawi berkata hari ini, pihaknya menyerahkan sebanyak 30 alat itu kepada nelayan Terengganu sebagai kumpulan perintis yang akan mula menggunakannya di laut.

“Alat ini sangat penting untuk keselamatan nelayan kerana jika berlaku kehilangan atau kemalangan di tengah laut, kita boleh kesan di mana mereka berada.

Di seluruh negara terdapat kira-kira 100,000 nelayan dan 80 peratus daripadanya ialah nelayan kecil pesisir pantai. Nelayan ini iaitu di Zon A dan Zon B sangat digalakkan memasang peralatan ini demi keselamatan nyawa mereka,” katanya.

Beliau berkata tempoh keberkesanan penggunaannya dijangka dapat dilihat dalam masa sebulan dua ini dan memandangkan tidak lama lagi musim tengkujuh keberkesanan mekanismenya boleh dinilai dan diperhalusi dengan terperinci sebelum diperluaskan penggunaannya.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran radio komunikasi nelayan, pengenalan alat keselamatan beacon dan penyerahan elaun sara hidup nelayan darat yang disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sempena Program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Kuala Kerteh hari ini.

Pada majlis itu, 1,246 nelayan darat dari Pahang, Terengganu dan Kelantan turut menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM200 setiap orang.

Munir berkata pemberian elaun sara hidup bulanan itu adalah antara usaha kerajaan untuk membantu nelayan darat meringankan kos sara hidup dan insentif kepada sektor perikanan darat agar lebih berdaya maju.

“Ini juga merupakan satu tanda terima kasih kerajaan kepada golongan nelayan darat yang telah berusaha membekalkan keperluan ikan kepada keperluan penduduk di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd