• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ziarah Jenazah Maznah Hamid

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi jenazah usahawan terkenal Datuk Dr Maznah Hamid, yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO, yang meninggal dunia petang semalam.

Najib, yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di kediaman Allahyarham di Ukay Heights, Ampang, dekat sini pada pukul 1.10 tengah hari.

Perdana menteri dan isteri meluangkan masa kira-kira 20 minit menziarahi jenazah serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Najib, ketika ditemui pemberita, berkata Maznah merupakan seorang tokoh politik dan usahawan wanita yang telah berjaya menunjukkan kemampuannya terutama dari segi kepimpinan.

“Dalam politik misalnya beliau aktif di Jerlun, Kedah dan saya percaya beliau telah beri banyak sumbangan kepada perjuangan keusahawanan terutamanya yang melibatkan wanita. Ini kehilangan besar kerana beliau tokoh perjuangan wanita secara keseluruhannya,” katanya.
Arwah juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerlun, Kedah.

Sebelum itu, Allahyarham. yang juga pengerusi eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, dan dikenali sebagai ‘Iron Lady’ itu, pernah menjadi Ketua Wanita UMNO Kedah dan Pengerusi Biro Pembangunan Usahawanan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Allahyarham, yang berasal dari Ayer Hitam, Kedah, meninggal dunia pada usia 62 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), di sini 6 petang semalam setelah kritikal kira-kira lima hari akibat komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung, Jumaat lepas.

Solat jenazah dijangka berlangsung selepas solat Asar sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, Taman Selasih. di sini selepas itu. – BERNAMA

Tags: Allahyarham Datuk Dr Maznah HamidDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd