Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Polis Cari 2 Individu...

SUNGAI PETANI - Polis Kuala Muda ingin menghubungi dua individu bagi membantu siasatan...

8 Pegawai Penjara Direman...

LAPAN pegawai penjara dan seorang pemandu wanita asing direman 6 hari bagi membantu...

Pengerusi TH Ziarah Waris...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul...

Menarik Hujah Shafee Kepada...

DS Najib Razak dituduh menerima RM42 juta ke dalam akaun beliau dari #SRC...

Moto3: Adam Ke-2 Terpantas Latihan Bebas Pertama

SEPANG – Penunggang Moto3 Malaysia Adam Norrodin mencatatkan masa kedua terpantas dalam Sesi Latihan Bebas Pertama pada Kejohanan Motosikal Grand Prix Shell Malaysia (MotoGP) 2017 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini.

Anak kelahiran Parit Raja berusia 19 tahun yang mewakili SIC Racing Team itu merekodkan dua minit 13.409 saat, di belakang juara dunia Joan Mir daripada Leopard Racing yang mencatatkan masa 2:13.129s, sementara rakan sepasukannya Livio Loi menduduki tempat ketiga dengan 2:13.437s, pada sesi yang dijalankan pagi ini.

Penunggang wildcard Kasma Daniel Kasmayudin yang mewakili Petronas Sprinta Racing menduduki tempat ke-29 dengan catatan masa 2:16.430s.

Sementara itu, bagi kategori MotoGP, pelumba Itali Andrea Dovizioso daripada Ducati yang ketinggalan 33 mata keseluruhan di belakang pendahulu dari Sepanyol, Mar Marquez mencatatkan masa terpantas dengan 2:00.671s.

Penunggang pasukan Honda Repsol Marquez, yang mendahului senarai pelumba kelas premium dengan 269 mata, menduduki tempat kelima terpantas dengan 2:00.950s.


Sementara itu, menerusi Moto2, penunggang Red Bull KTM Ajo Miguel Oliveira merupakan pelumba terpantas dengan catatan masa 2:06.856s, diikuti Franco Morbidelli daripada EG 0,0 Marc VDS (2:06.929s) dan Thomas Luthi daripada CarXpert Interwetten (2:06.950s).

Penunggang tempatan, Hafizh Syahrin daripada Petronas Raceline Malaysia menduduki tempat ke-12 dengan catatan masa 2:07.970s, manakala Khairul Idham Pawi daripada Pasukan Idemitsu Honda Team Asia mencatatkan masa 2:09.485s untuk tempat ke-27 daripada 29 pelumba. – BERNAMA

Kategori