Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

38 Murid Cemas Bas...

KULAI - Sebuah bas sekolah yang membawa 39 pelajar terbakar di Jalan Senai...

RM100 Juta Bina Kereta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi pembinaan sistem kereta...

Malaysia Muflis! : Aliff...

SERBA salah sama ada hendak ketawa atau simpati apabila membaca luahan jutawan kosmetik,...

Suami ‘Meroyan’ Tetak Isteri...

HANYA kerana cemburu, seorang lelaki bertindak menetak isteri selain anaknya yang berusia 18 tahun...

Litar Basah Beri Kelebihan – Adam Norrodin

SEPANG – Keadaan litar basah mampu memberikan kelebihan kepada pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin menjelang perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad ini.

Pada sesi latihan bebas pertama yang berlangsung pada sebelah pagi, pelumba Petronas Sprinta Racing itu mencatat masa sepusingan dengan dua minit 25.794 saat (s) untuk menduduki tempat kelima terpantas dalam keadaan litar basah.

Namun, Adam menghadapi kesukaran dengan tunggangannya pada sesi latihan bebas kedua dalam keadaan litar kering apabila terpaksa berpuas hati menduduki kedudukan-22 selepas mencatat masa sepusingan terbaik iaitu 2:15.741s.

“Sesi latihan bebas pertama ada peningkatan yang baik dalam keadaan litar basah. Saya keluar awal pagi ini dengan sepenuhnya tumpuan untuk perbaiki catatan masa saya dan gembira menamatkan sesi latihan pertama di kedudukan kelima.

“Pada sesi kedua saya harapkan litar kering. Pada awal ia kering tetapi jentera saya mengalami sedikit masalah yang memaksa saya masuk semula ke garaj. Apabila saya keluar semula tiba-tiba hujan…ia sedikit mengecewakan saya. Apa-apa pun saya mempunyai perasaan yang baik terhadap litar basah,” katanya ketika ditemui di sini.

Pada masa sama, Adam mengakui bersedia untuk berlumba dalam apa jua keadaan cuaca dan permukaan litar.


Menurutnya, kadar kelajuan jenteranya dalam keadaan litar basah lebih bagus namun mengakui litar yang kering pada hari perlumbaan akan mengurangkan pelbagai risiko.

“Sejujurnya saya tidak tahu kerana saya berkemampuan untuk berlumba dalam kedua-dua keadaan cuaca,” katanya.

Selepas 17 pusingan musim ini, Adam kini menghuni tangga ke-20 keseluruhan dengan 46 mata. – BERNAMA

Kategori