Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Militan IS Takut Mati,...

BAGHDAD – Tentera kerajaan Iraq dilaporkan berjaya menangkap sejumlah anggota pengganas kumpulan IS...

Teruk Tertekan, Nana Kena...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, pelakon dan hos popular, Siti Nordiana Alias mengakui pernah...

Gugur Muhyiddin Keputusan Yang...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin...

Gambar Adik Fasha Sandha...

ORANG kata dalam dunia ni ada tujuh orang yang berwajah seakan-akan seiras dan...

Mohammad Razin Dilantik Ketua Pengarah JPN

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Datuk Mohammad Razin Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendaftaran Negara yang baharu berkuatkuasa 23 Oktober lalu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu kenyataan media hari iin berkata, Mohammad Razin menggantikan Datuk Mohd. Yazid Ramli yang bersara wajib pada 22 Oktober 2017.

“Mohammad Razin, 58, berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1982. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sejak Oktober 2013.

“Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian, Urusetia Lembaga Parol, Kementerian Dalam Negeri; Penolong Pengurus Bahagian Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan, Pengarah Bahagian Latihan, Pengarah Bahagian Penyelarasan Dasar dan Pemantauan, Jabatan Pendaftaran Negara; Penolong Setiausaha, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri,” kata kenyataan itu.

JPN dalam pengumuman itu mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd. Yazid kerana khidmat beliau semasa menjadi Ketua Pengarah Pendaftaran Negara.


“Semoga Mohd. Yazid akan terus membantu JPN dalam menerajui pendaftaran dokumen pengenalan diri rakyat walaupun tidak lagi berada dalam jabatan ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori