• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Miliki Cengkerang Penyu, 2 Lelaki Didenda & Penjara

oleh Ahmad Albab
14/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Mahkamah Sesyen Tawau hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM150,000 masing-masing kepada dua lelaki warga asing yang mengaku bersalah memiliki 97 kilogram cengkerang dan bahagian-bahagian bangkai penyu agar atau nama saintifiknya Chelonia mydas.

Hakim Indra Ayub menjatuhkan hukuman itu ke atas Adam Ilma, 30, dan Gunak Sinduk, 20, yang didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pulau Ligitan, Semporna awal bulan ini.

Kedua-duanya yang tidak diwakili peguam, diarah menjalani hukuman itu bermula tarikh tangkap pada 7 Oktober lepas dan tambahan hukuman penjara setahun lagi sekiranya mereka gagal membayar denda.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-duanya dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Menurut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa memiliki 97 kg cengkerang serta bahagian-bahagian bangkai penyu hijau, iaitu haiwan yang dilindungi yang disenaraikan dalam Bahagian 1, Jadual 1, Nombor 8 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, pada 11 pagi 7 Oktober lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 41(4) Enakmen yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ketika prosiding hari ini, mahkamah diselubungi bau busuk seketika apabila karung mengandungi cengkerang penyu dan bahagian-bahagian rangka penyu dibuka bagi tujuan pengecaman.

Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar (JHL) Abdul Karim Dakog yang mengendalikan pendakwaan turut memberitahu mahkamah kedua-dua tertuduh menjual enam bangkai penyu pada harga RM600.

Berdasarkan fakta kes, Adam dan Gunak ditahan oleh sekumpulan penguat kuasa JHL yang menjalankan operasi membanteras jenayah berkaitan penyu, selepas mendapati mereka memiliki cengkerang serta bahagian rangka lain penyu tanpa surat kebenaran daripada menteri atas nasihat pengarah. – BERNAMA

Tags: dendaPenjara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Suspek Terlibat Penipuan DBI Properties Ditahan

Next Post

Penulis Blog ‘Sang Kelembai’ Didakwa Kes Jelik

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

Next Post

Penulis Blog 'Sang Kelembai' Didakwa Kes Jelik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd