• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Kanak-Kanak Jatuh Sungai Ditemukan

oleh AK-47
06/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan hari ini, selepas mangsa dipercayai lemas selepas terjatuh ketika bermain di atas titi sungai di Kampung Lanai, Baling semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mokhtar berkata mayat Mohammad Aminuddin Mohamad Nazri ditemukan kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian pada 10.54 pagi tadi.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada 4.59 petang semalam dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di permukaan sungai namun tidak menjumpai mangsa dan operasi ditangguhkan pada 7 petang, semalam.

“Operasi diteruskan hari ini dan mayat mangsa ditemukan oleh sekumpulan individu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Amal Jariah Sik yang turut mencari mangsa sejak semalam. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang semalam, difahamkan mangsa sedang bermain di atas titi yang digunakan oleh penduduk kampung untuk menyeberangi sungai tersebut sebelum terjatuh ke dalam sungai terbabit. – BERNAMA

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd