• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Ketika Lakukan Persembahan Di Tokong Cina

oleh Ahmad Albab
25/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERLUN – Seorang lelaki warga emas yang sedang melakukan upacara keagamaan di perkarangan Tokong Cina Kuala Sanglang, Ayer Hitam, di sini Isnin, dengan duduk di atas kawah pengukus, maut selepas terkena serangan jantung.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam membabitkan mangsa, Lim Ba, 68, yang terkena serangan jantung ketika sedang duduk di atas papan yang diletakkan di atas kawah besi berisi air panas sebelum seluruh tubuhnya ditutup dengan tudung pengukus.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Mohd Ismail Ibrahim berkata sebelum itu mangsa pergi ke tokong itu untuk melakukan upacara keagamaan bersempena perayaan “tokong sayur”.

“Siasatan kita mendapati mangsa duduk di atas papan yang diletakkan di atas kawah besi berisi air panas yang sedang dimasak menggunakan kayu api dan seluruh badan mangsa ditutup dengan tudung pengukus.

“Seorang daripada anak mangsa dan penonton yang hadir kemudian ternampak tudung pengukus itu bergerak-gerak dan sebaik dibuka, mereka mendapati mangsa tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mohd Ismail berkata Lim bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka, badan, kaki dan tangan sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung dengan kesan melecur tahap dua dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, anak mangsa, Lim Kang Huai, 32, berkata bapanya melakukan upacara itu setiap kali tibanya hari perayaan tersebut sejak lebih 10 tahun yang lalu.

“Bapa saya menjalani pembedahan jantung tahun lalu. Saya tidak sangka upacara kali ini adalah terakhir buatnya,” katanya.

Tambahnya, bapanya pernah melakukan upacara sama selama 75 minit di sebuah tokong di Tangkak, Johor, empat tahun lalu dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

Tags: sakit jantungwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd