Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Manggis Pahang Tembusi Pasaran...

BENTONG - Jika sebelum ini durian Musang King dari Raub dan Bentong berjaya...

Imigresen Tahan 14,000 PATI,...

GEORGE TOWN - Seramai 14,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 320 orang...

Ini Ke Calon-Calon Parti...

SATU senarai calon-calon DAP kerusi negeri Selangor yang tersebar menjelang Pilihan Raya Umum...

Mat Sabu Berdepan Notis...

TENTU ramai masih lagi ingat drama aksi selamba Presiden Parti Amanah Nasional (PAN),...

Malaysia, Qatar Tandatangani Empat MoU

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani hari ini menyaksikan majlis menandatangani empat memorandum persefahaman (MoU) bagi mengeratkan hubungan dua hala Malaysia dan Qatar.

Empat MoU berkenaan melibatkan kerjasama dalam bidang aktiviti perundangan, kehakiman, latihan diplomat dan bidang pendidikan tinggi.

Majlis tersebut diadakan di Seri Perdana di sini sempena lawatan negara dua hari oleh Sheikh Tamim ke Malaysia.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam menandatangi dua MoU masing-masing dalam bidang latihan diplomat dan pendidikan tinggi manakala Qatar diwakili oleh rakan sejawatannya, Sheikh MohammadAbdulrahman Al-Thani.

Sheikh Mohammad turut menandatangi MoU dalam bidang kerjasama aktiviti perundangan dengan Pegum Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.


MoU keempat dalam bidang kerjasama kehakiman ditandatangani oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar manakala Qatar diwakili Presiden Majlis Tertinggi Badan Kehakiman, Masoud Mohamed A Amiri. – BERNAMA

Kategori