• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Ambil Iktibar Kekalahan Ke Atas Batu Puteh

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI — Malaysia mengambil iktibar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memihak kepada Singapura dalam kes tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh sebelum ini, dengan memastikan negara sentiasa menjaga kawasan dan hak negara berlandaskan tiga kriteria, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar.

Beliau berkata kriteria berkenaan adalah kehadiran, dominasi dan penguatkuasaan yang merupakan antara elemen terpenting dalam mempertahankan hak kedaulatan Malaysia dalam pertikaian-pertikaian antarabangsa berhubung tuntutan bertindih terhadap sesuatu kawasan.

Kekalahan Malaysia dalam kes tuntutan itu berpunca daripada kesilapan kerajaan sebelum ini yang tidak menitikberatkan kriteria tersebut, katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan turun padang ke Batuan Tengah (Middle Rocks) dan perairan sekitarnya, di sini, hari ini.

“Kita kena mempunyai ‘presence’ (kehadiran) yang menunjukkan kita di situ, ‘dominance’ (dominasi) yang membuktikan kemampuan kita dalam mempertahankan kawasan berkenaan serta ‘enforcement’ (penguatkuasaan) yang menunjukkan kita ada kemudahan dan anggota marin di kawasan itu sebagai wakil kerajaan,” katanya.

Katanya dengan mengambil kira permasalahan sama mungkin wujud di masa hadapan, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) Datuk Mohd Noor Isa untuk menganjurkan perbincangan meja bulat bersama semua agensi berkaitan dalam tempoh terdekat.
​​​​​​​
​​​​​​​Wan Junaidi berkata perbincangan itu menjurus kepada usaha mendapatkan laporan atau rumusan untuk menambah baik pemetaan kawasan negara selain memikirkan usaha yang perlu dibuat dalam mempertahankan hak Malaysia berhubung kawasan yang dipertikaikan di peringkat antarabangsa.

“Perbincangan ini akan disertai oleh Majlis Keselamatan Negara, Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pakar-pakar dalam hal terlibat agar rumusannya nanti dapat dimajukan kepada kerajaan untuk tindakan,” katanya.

Berhubung lawatan itu, beliau menjelaskan ia bertujuan mendapatkan gambaran sebenar tentang keadaan semasa di Batuan Tengah dan perairan sekitarnya bagi melihat kepentingan Malaysia serta mempertingkatkan aktiviti bagi terus menzahir dan mempertahankan kedaulatan negara.

Sementara itu ketika ditanya tentang isu runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Sabtu lepas, Wan Junaidi berkata kerajaan negeri Pulau Pinang telah melantik satu suruhanjaya bagi menyiasat perkara itu dan perlu hormatinya.

“Kalau kita beri pendapat awal yang kita belum dapat lagi jawapan daripada pihak teknikal, itu tidak sesuai dan saya tidak hendak ia bercanggah dengan pendapat suruhanjaya.

“Tetapi, yang kita ketahui, dahulu memang kita (kementerian) tidak setuju dengan tempat itu (tapak pembinaan rumah) dibangunkan berdasarkan jaraknya dengan kuari,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama UMNO-PAS Sedang Diusahakan – Abdul Hadi

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama UMNO-PAS Sedang Diusahakan – Abdul Hadi

13/07/2026
0

SEREMBAN – PAS bersedia menerima calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada UMNO sekiranya kerjasama antara kedua-dua parti berjaya dimuktamadkan bagi...

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd