• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Rayuan Batal Keputusan Kehakiman

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan empat pengundi di Johor memulakan semakan kehakiman bagi mencabar penerbitan notis kedua oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi cadangan persempadanan semula di negeri itu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan SPR.

Mohd Zawawi, yang mempengerusikan panel itu memerintahkan rayuan itu diteruskan walaupun dimaklumkan oleh peguam mewakili pengundi berkenaan, Louis Liaw bahawa beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk menarik balik semakan kehakiman mereka di Mahkamah Tinggi Johor.

Mahkamah turut menolak permohonan Liaw bagi penangguhan pendengaran hujahan.

Peguam itu memberitahu mahkamah beliau hanya menerima salinan notis penghentian itu hari ini dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa notis penghentian saman itu akan diserahkan ke Mahakmah Tinggi Johor.

Liaw berkata ia adalah akademik untuk meneruskan rayuan itu kerana semakan kehakiman telah dihentikan.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh memaklumkan mahkamah beliau diarah meneruskan rayuan itu di mahkamah kerana notis penghentian semakan kehakiman itu masih belum difailkan lagi.

Mohd Zawawi berkata oleh kerana notis penghentian itu masih belum difailkan lagi, oleh itu tiada apa-apa di hadapan mahkamah dan mahkamah boleh meneruskan rayuan itu.

Amarjeet Singh dan Liaw kemudiannya memaklumkan kepada mahakmah bahawa mereka akan bergantung pada hujahan bertulis mereka tanpa menyampaikan hujahan lisan.

Mohd Zawawi, dalam keputusannya berkata selepas membaca hujahan bertulis berkenaan, mahkamah membenarkan rayuan SPR dan membatalkan perintah Mahkamah Tinggi tanpa mengeluarkan perintah berhubung kos.

Pada 13 Julai tahun ini, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memberi kebenarakan kepada empat pengundi — Thomas Fann Peng Thong, Ng Siam Luang, Ang Yien Meei danChong Mun Ying — untuk memulakan semakan kehakiman mereka bagi memohon pengisytiharan bahawa cadangan disyorkan SPR bagi kerusi persekutuan dan negeri di Johor adalah melanggar perlembagaan.

Mereka menamakan SPR, pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan setiausaha Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden dalam permohonan itu.

Fann ialah pengundi di kawasan Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Rinting. Tiga lagi pengundi ialah daripada Parlimen Gelang Patah dan DUN Skudai.

Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan cadangan disyorkan itu, perintah mandamus untuk menghalang SPR daripada menerbitkan cadangan baharu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan menangguhkan semua prosiding bagi cadangan disyorkan itu. – BERNAMA

Tags: Mahkamah Rayuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

07/05/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara memberhentikan prosiding...

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

04/11/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd