• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letak Bayi Di ‘Baby Hatch’ Bukan Kesalahan Jenayah

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu yang melahirkan bayi tidak sah taraf tidak perlu berasa takut untuk meletakkan bayi mereka di ‘Baby Hatch’ kerana ia bukan satu kesalahan jenayah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata kerajaan berharap ibu-ibu berkenaan memilih untuk meletakkan bayi mereka di Baby Hatch berbanding membuang bayi tersebut di merata tempat, yang merupakan kesalahan jenayah.

“Dalam hal ini, keselamatan dan kesihatan bayi tersebut akan lebih terjamin kerana Baby Hatch merupakan fasiliti yang selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai impak penubuhan Baby Hatch di negara ini serta adakah dengan kewujudannya, bayi dapat ditinggalkan dengan selamat.

Azizah berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, sebanyak 59 kes buang bayi dilaporkan sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Beliau berkata kes pembuangan bayi mencatatkan peningkatan setiap tahun sejak 2013.

“Sebanyak 90 kes pembuangan bayi dilaporkan pada 2013, seterusnya meningkat kepada 104 kes (2014), 111 kes (2015) dan 115 kes (2016),” katanya.

Dalam pada itu, Azizah berkata setakat ini, sebanyak lapan pusat Baby Hatch telah diwujudkan di Hospital KPJ seluruh negara melibatkan dua di Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Pahang.

Katanya, Baby Hatch turut ditempatkan di tiga Pusat Perlindungan OrphanCARE di Kuala Lumpur, Sungai Petani di Kedah dan Johor Bahru, Johor. – BERNAMA

Tags: 'Baby Hatch'bayiDatuk Seri Azizah Mohd Dun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd