• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Lari Dari Sekatan Jalan Raya Cedera Ditembak

oleh Ahmad Albab
09/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki yang dipercayai cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya di Jalan Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.15 pagi itu, suspek yang berumur 33 tahun yang memandu kereta jenis Honda City telah membuat pusingan U.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur lalu mengejar suspek sehingga kawasan Kampung Kayu Ara sebelum suspek memandu semula ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

“Suspek bertindak memandu secara melawan arus di LDP dan menghala ke Puchong, kemudian kereta suspek melanggar bahu jalan dan berhenti.

“Dia kemudian cuba melarikan diri dengan memanjat pembahagi jalan untuk masuk ke persimpangan Jalan SS2/75,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Zani berkata anggota polis melepaskan satu das tembakan dan terkena pada bahagian belakang badan suspek.

Katanya pemeriksaan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah berhubung kes pecah rumah dan curi kenderaan, malah semakan rekod kereta yang digunakan suspek juga mendapati kereta itu dilaporkan dicuri di Damansara.

Beliau berkata suspek telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd