• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki 21 Tahun Kahwini Nenek 70 Tahun

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOGOR – Tidak pasti sama ada kisah cinta pasangan ini manis, buta atau ‘dah jodoh’.

Meskipun berbeza 49 tahun, ia tidak menghalang seorang lelaki berusia 21 tahun untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang berusia 70 tahun.

Ade Irawan melangsungkan perkahwinan dengan Sanih, dalam satu majlis di Kampung Cipicung, Desa Mekarsari di Cileungsi di sini baru-baru ini.

Merdeka.com melaporkan, perkahwinan pasangan itu tular selepas gambar mereka dimuat naik di laman Facebook baru-baru ini.

Ade berkata, dia berkahwin dengan Sanih atas dasar cinta selepas perkahwinannya yang terdahulu dengan seorang wanita sebaya berakhir dengan perceraian.

“Saya bercerai kerana bekas isteri saya sering meminta membelikan banyak benda sedangkan saya hanya bekerja sebagai buruh.

“Pernikahan saya ini adalah jodoh dan saya niatkan sebagai satu ibadah berumahtangga,” katanya yang memberikan mas kahwin berupa kelengkapan solat.

Menurut saudara rapat Sanih, Ijo 44, sebagai berkata warga emas itu menggunakan wang hasil jualan tanah bernilai RP 20juta (RM6,300) untuk pernikahannya.

“Dia (Sanih) guna Rp 20 juta (RM6,300), Sekitar Rp 3 juta (RM940) digunakannya untuk membeli gigi palsu, dan bakinya digunakan untuk belanja akad nikah yang lain,” ujarnya.

Ijo juga menambah, Sanih bukannya tidak berduit, malah menyimpan lagi wang hasil jualan tanahnya pada tahun 2015 bernilai Rp 200 juta (RM63,000).

Sementara itu, Sanih yang sudah menjanda sebanyak dua kali pula memberitahu, dia berharap perkahwinannya kali ini kekal hingga ke akhir hayat.

“Semoga perkahwinan kami mendapat keberkatan dan saya berharap untuk mempunyai zuriat,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Indonesiajodohwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd