• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 50,000 Pengundi Hantu Hanya Rekaan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Tuduhan pembangkang bahawa konon Barisan Nasional (BN) Perak membawa masuk lebih 50,000 pengundi hantu ke negeri itu hanyalah rekaan semata-mata, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata tuduhan itu yang dilempar oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming itu merupakan taktik pembangkang untuk cuba menghasut rakyat di negara ini supaya tidak mengundi BN.

“Dia (Nga) buat cerita supaya pengundi hilang kepercayaan kepada BN dan rakyat mengundi (parti) mereka… itu sahaja matlamatnya. Jangan percaya cerita dongeng yang direka cipta oleh pihak pembangkang yang akan ditimbulkan mereka apabila pilihan raya semakin hampir.

“Sebagaimana yang diketahui, ini bukan kali pertama BN dikaitkan dengan tuduhan (membawa masuk warga asing sebagai pengundi) kerana sebelum ini pembangkang pernah mendakwa 40,000 warga Bangladesh menjadi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Universiti-Industri Program Jelajah Kesedaran 2u2i ke Sekolah peringkat negeri yang dianjurkan oleh Kolej Antarabangsa Taj di sini, hari ini.

Beliau mengulas tuduhan yang dilemparkan Nga terhadap BN melalui laman Twitter miliknya, minggu lepas. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Watikah 18 Perwakilan Asing Ke Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Terima Watikah 18 Perwakilan Asing Ke Malaysia

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke...

DPMM Gesa TikTok Shop Tangguh Kenaikan Komisen, Bimbang Bebankan Peniaga

DPMM Gesa TikTok Shop Tangguh Kenaikan Komisen, Bimbang Bebankan Peniaga

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa TikTok Shop menangguhkan kenaikan kadar komisen bagi beberapa kategori produk yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd