• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 40% Sekolah Tahfiz Tak Patuhi Aspek Keselamatan

oleh AK-47
08/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti sekurang-kurangnya lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan 1,657 sekolah tahfiz yang beroperasi di seluruh negara termasuk di Labuan masih belum mematuhi aspek keperluan keselamatan yang ditetapkan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata jabatan itu mempunyai senarai sekolah agama yang beroperasi di seluruh negara, terdiri daripada 515 sekolah pondok, 1,657 sekolah dan pusat tahfiz serta 1,666 Sekolah Agama Rakyat, yang mana 702 daripada sekolah-sekolah ini sudah diperiksa.

“Kami selalunya menumpukan pemeriksaan ke atas pusat dan sekolah yang berdaftar, tetapi sekarang, kami mengambil keputusan untuk memastikan kesemua sekolah agama di negara ini termasuk yang tidak berdaftar untuk mematuhi keperluan keselamatan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri satu acara penyampaian anugerah di sini hari ini.

Beliau juga berkata jabatan itu akan mengenakan peraturan ketat ke atas struktur asrama sekolah-sekolah itu.

Wan Mohd Nor juga mendedahkan sejumlah 144 notis sudah dikeluarkan kepada pengurusan sekolah tahfiz mengenai keperluan mematuhi aspek keselamatan bangunan seperti aturan pendawaian elektrik dan penyediaan pintu keluar.

Beliau berkata pengurusan sekolah sudah diberikan tempoh masa maksimum enam bulan untuk mematuhi sepenuhnya spesifikasi yang ditetapkan jabatan itu.

Wan Mohd Nor berkata pihaknya komited untuk menghantar laporan penuh kepada kerajaan pada 23 Okt ini termasuk syor penambahbaikan sekolah-sekolah agama ini.

“Berdasarkan pemeriksaan kami, kami menemukan beberapa kelemahan yang perlu penambahbaikan dalam masa terdekat termasuk pemasangan jeriji pintu dan tingkap yang tidak menepati spekifikasi jabatan ini.

Kami juga menemukan ketiadaan alat pemadam api dan pengesan asap serta pendawaian elektrik yang tidak berada dalam keadaan baik,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata jabatan itu sudah menubuhkan 236 Skuad Bomba Pondok dengan 3,500 anggota berdaftar termasuk di Sekolah Tahfiz al-Quran Sri Merinding, di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Wan Mohd Nor IbrahimSekolah Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Cabul Sekolah Tahfiz Tidak Cukup Bukti Untuk Dakwa

22/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mendakwa suspek-suspek yang didakwa telah mencabul seorang pelajar sekolah Tahfiz berusia 10...

Agih 1,000 Naskhah Al-Quran Di Sekolah Tahfiz Kemboja

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR - NGO Antarabangsa Malaysia hari ini mengagihkan 1,000 naskhah al-Quran kepada sekolah-sekolah tahfiz di Kemboja. Pengerusinya Datuk Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd