• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Tahunan AirAsia X Raih Anugerah Terbaik

oleh Ahmad Albab
19/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan Tahunan AirAsia X Bhd. 2016 memenangi kategori Terbaik Malaysia di Anugerah Pertandingan Laporan Tahunan Antarabangsa (ARC) Ke-31, yang diadakan di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.

Anugerah ARC adalah pertandingan antarabangsa laporan tahunan terbesar dunia untuk mengiktiraf kecemerlangan keseluruhan laporan tahunan dan menggalakkan penulisan penting dan bermakna serta aspek reka bentuk asli dan imaginatif, menurut AirAsia X dalam kenyataan hari ini.

Katanya pada tahun ini, Anugerah ARC menerima hampir 2,000 penyertaan dari lebih 30 buah negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata laporan tahunan adalah dokumen yang amat penting bagi kumpulan untuk berkomunikasi dengan pelabur.

“Kami akan terus berhubung dengan pelabur kami dan mengekalkan komunikasi yang berkesan dengan mereka,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata: “Saya berbangga dengan usaha hebat mereka yang menghasilkan penyampaian data dengan cara yang menarik dan bukan konvensional untuk pelabur kami melalui penerbitan laporan ini.

“Pasukan ini telah mengeluarkan idea yang bernas dalam menghasilkan laporan tahunan yang unik ini.” – BERNAMA

Tags: AirAsia X
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hina Sultan Perak: Pelajar Diminta Baca Rukun Negara

Next Post

Zurin Jundi Didakwa Tipu Pelanggan RM7,000

Related Posts

Mahathir Tak Kata AirAsia Dapat Manfaat Prosedur ‘Offset’

07/02/2020
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah menyatakan bahawa tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi...

Mahathir Kata Minta ‘Offset’ Bukan Rasuah

06/02/2020
0

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, permintaan mendapatkan timbal balas atau offset, adalah sesuatu yang lumrah dalam perniagaan asalkan...

Next Post

Zurin Jundi Didakwa Tipu Pelanggan RM7,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd