• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zurin Jundi Didakwa Tipu Pelanggan RM7,000

oleh Ahmad Albab
19/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Pemilik syarikat perancang perkahwinan ‘Zurin Jundi’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdayakan pelanggannya untuk menyerahkan RM7,000 bayaran pendahuluan pakej perkahwinan yang ditawarkan.

Tertuduh, Zurina Ahmad Jundi, 34, dari Jalan Kota Raja di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Wanita itu didakwa memperdayakan Zainon Ali, 54, untuk mempercayai bahawa dia telah menawarkan perkhidmatan pakej perkahwinan dan dengan curang mendorong Zainon untuk menyerahkan wang sejumlah RM5,000 melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta RM2,000 secara tunai, sebagai bayaran pendahuluan.

Zurina didakwa melakukan kedua-kedua kesalahan itu di sebuah bank di Pelabuhan Klang di sini, dan di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam, pada 16 Mac dan 17 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, wanita itu yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Amira Abdul Aziz yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan supaya tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Zurina yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan dia dalam proses penjualan barang untuk memulangkan semula wang.

Majistret Rozianti kemudian membenarkan wanita itu dibebaskan dengan jaminan RM8,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 16 Nov depan untuk sebutan bagi melantik peguam serta penyerahan dokumen. – BERNAMA

Tags: Zurin Jundi Wedding Planner
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Zurin Jundi’ Didakwa Menipu Wanita

21/11/2017
0

JOHOR BAHRU — Pemilik syarikat perancang perkahwinan ‘Zurin Jundi’ didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu...

Zurina Jundi Nafi Lepas Tangan Pulangkan Duit

12/10/2017
0

MASIH ingat lagi dengan video memaparkan kisah seorang perancang perkahwinan diserang dan didakwa menipu sehingga menjadi tular menerusi laman sosial?...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd