• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor Isu Bina Pusat Konvensyen Kepada SPRM

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Persatuan Penduduk Taman Melawati Zon A, B dan C hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu projek pembangunan pusat konvensyen di tapak PR14843 di Taman Melawati, Ampang.

Pengerusinya Razman Hakimi Abdullah berkata lapoaran itu bagi membolehkan SPRM menyiasat beberapa justifikasi meragukan termasuk mengenai pelan asal kawasan itu yang diluluskan untuk pembangunan taman rekreasi pada 2014 tetapi diganti dengan projek lain.

Beliau berkata campur tangan SPRM diperlukan kerana kerajaan Selangor didakwa telah menukar status tanah yang sepatutnya dibina sebuah taman rekreasi untuk kegunaan penduduk.

“Kami mahu SPRM mencari kebenaran bagaimana dalam tempoh lima bulan ia diganti dengan sebuah projek mega bagi membina pusat konvensyen bernilai RM27 juta dan bagaimana projek besar itu boleh melepasi semua proses kelulusan dengan mudah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan kepada SPRM di sini.

Razman Hakimi mendakwa perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan negeri sebelum ini menerusi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menjanjikan kawasan itu untuk dijadikan taman rekreasi dan turut direzabkan sebagai tanah kemudahan awam.

Malah, pelaksanaan projek itu, yang bakal diadakan majlis pecah tanah pada Disember depan, turut mengundang pelbagai bantahan terutama berhubung janji pemaju untuk mengekalkan kawasan hijau dengan taman rekreasi gagal ditunaikan. – BERNAMA

Tags: Isu Bina Pusat KonvensyenRazman Hakimi AbdullahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd