• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Selatan Arah Kes Rogol Guru Dibicarakan Semula

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Mahkamah Agung pada Khamis telah mengarahkan tiga lelaki, yang disabitkan dengan kesalahan merogol seorang guru sekolah tahun lepas, dibicarakan semula, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Mahkamah tertinggi Korea Selatan itu mengembalikan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Gwangju selepas membatalkan perintah terdahulu yang membebaskan mereka daripada beberapa pertuduhan atas alasan satu penyelesaian telah dicapai dengan mangsa.

Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun ke atas setiap tertuduh, yang hanya dikenali dengan nama akhir mereka iaitu Kim, Lee dan Park, selepas memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap mereka oleh mahkamah rendah iaitu antara 17 hingga 25 tahun.

Mereka didakwa pada Jun tahun lepas atas pertuduhan berpakat merogol guru wanita itu dan mencederakan mangsa di sebuah bandar pulau di Sinan, yang terletak kira-kira 400 kilometer di barat daya Seoul.

Kesemua tertuduh turut memaksa mangsa minum sehingga mabuk dan merakam adegan itu. Kes itu mengejutkan orang ramai kerana kesemua tertuduh adalah bapa murid dari sekolah yang sama di mana mangsa mengajar. – BERNAMA

Tags: Korea SelatanYonhap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd