• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsul Kehormat Di Sulawesi Desak Tun M Mohon Maaf

oleh Ahmad Albab
25/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Masyarakat keturunan Bugis di Indonesia masih menunggu permohonan maaf secara terbuka daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mengeluarkan kenyataan ‘menghina’ keturunan etnik itu dalam satu perhimpunan pembangkang di Selangor baru-baru ini.

Konsul Kehormat Malaysia di Sulawesi, Halim Kalla berkata seluruh keturunan Bugis di Indonesia terutamanya di Sulawesi sangat tersinggung dengan kenyataan Dr Mahathir dan mereka telah menyampaikan bantahan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.

“Saya juga telah menyampaikan rasa kekesalan dengan kenyataan Dr Mahathir itu kepada Duta Besar Malaysia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan memberitahu masyarakat Bugis mendesak supaya Dr Mahathir memohon maaf atas keterlanjurannya,” kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, sebagai bekas pemimpin yang pernah disegani dunia, Dr Mahathir tidak sepatutnya menghina mana-mana keturunan di dunia ini dan jika telah terlanjur cakap, beliau juga tidak seharusnya berdiam tanpa memohon maaf.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang pada 14 Okt lepas telah mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyebut sebagai keturunan ‘lanun Bugis’.

Halim berkata walaupun Dr Mahathir mempunyai perselisihan politik dengan Najib, beliau tidak seharusnya menghina sesuatu kaum apatah lagi kaum itu banyak berjasa dalam membentuk kerajaan di Tanah Melayu.

Katanya diaspora keturunan Bugis terdapat di seluruh dunia dan mereka memegang falsafah ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ dan disebabkan itu adalah tidak wajar Dr Mahathir menghina diaspora keturunan Bugis di Malaysia dengan menyifatkan sebagai keturunan ‘lanun’.

Beliau berkata Dr Mahathir juga harus sedar penghinaan terhadap kaum itu turut menyinggung Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dan mantan presiden B.J.Habibie yang juga keturunan Bugis.
Halim berkata beliau yang mewakili Malaysia di Sulawesi turut tersinggung kerana dirinya sendiri adalah keturunan Bugis Makassar.

“Jadinya jika sudah terlanjur cakap, mohon maaf dan mengaku kesilapan, itulah sikap seorang pemimpin yang sebenar dan kita berharap Dr Mahathir tunjukkan sikap dirinya sebagai seorang negarawan,” kata beliau.

Baru-baru ini Perhimpunan Pemuda Bugis-Makassar Indonesia turut mendesak Dr Mahathir supaya meminta maaf secara terbuka kerana kenyataannya itu.

Ketua Umumnya Arwin Welhamina berkata, pihaknya akan membuat demonstrasi besar-besaran di hadapan kompleks Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam tempoh terdekat jika Dr Mahathir masih enggan berbuat demikian.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Bernama, Dr Mahathir harus membuat permohonan maaf segera atas keterlanjurannya itu kerana ia membawa masalah kepada rakyat Malaysia di Indonesia.

“Sebagai seorang negarawan, Dr Mahathir tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata seumpama itu dan kini beliau meletakkan pihak kedutaan dan rakyat Malaysia dalam bahaya kerana kata-katanya telah menimbulkan kemarahan rakyat tempatan yang berketurunan Bugis,” katanya.

Beliau berkata, Dr Mahathir harus bertindak bijak untuk menjaga hubungan dengan negara jiran dan tidak bercakap sesuka hati yang boleh mengeruhkan hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara. – BERNAMA

Tags: IndonesiaTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd