Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Sarawak Hidro Lepaskan Air...

SIBU - Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) memulakan pelepasan air dari Empangan Bakun...

VIDEO: Anjing Pintar Cari...

Mencari kembali pemilik sebenar barangan yang hilang atau tercicir sememangnya menjadi suatu cabaran,...

Liga Malaysia Perlu Pengurusan...

KUALA LUMPUR - Liga Malaysia memerlukan pengurusan yang sistematik manakala setiap pasukan bertading...

‘Guna Warna Biru BN...

KUCHING: Calon Bebas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Khairul...

Khazanah Perjelas Artikel Babitkan CEO MAB

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. menyifatkan artikel oleh sebuah akhbar harian bahawa ia (Khazanah) campur tangan sehingga menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew meninggalkan syarikat penerbangan itu, sebagai salah dan mengelirukan.

Dalam satu kenyataan Khazanah berkata artikel bertajuk ‘Khazanah meddling led to Bellew exit?’ yang disiarkan pada 17 Oktober, merupakan spekulasi dan berdasarkan sumber yang tidak dinamakan. “Ia salah dan mengelirukan,” kata Khazanah.

Dalam kenyataan itu Khazanah berkata Lembaga Pengarah dan pengurusan Malaysia Airlines, telah mengemukakan pelan utamanya kepada Khazanah, sebagai pemegang saham tunggal dan pembiaya penstrukturan semula itu.

“Secara kolektifnya, kami bekerjasama rapat bagi menjayakan penstrukturan semula itu sehingga hari ini,” katanya. Khazanah juga menjelaskan bahawa tiada pegawai Khazanah dihubungi untuk memberi ulasan sebelum penyiaran artikel spekulatif terbabit.

Cabang pelaburan kerajaan itu itu berkata ia mematuhi rangka kerja kelulusan dan tadbir urus yang digariskan kerajaan menerusi Pelan Pemulihan MAS yang dikeluarkan pada 29 Ogos, 2014 dan Akta 2015 Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) (Akta MAS 2015), bagi penstrukturan semula Malaysia Airlines. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAB

Kategori